Sunday, 29 January 2012

Duduk Diam Dan Dengar- Aliff


*my words just look alike a song ;) sorry for that


Aku diam tak bermakna dah bisu. Aku guna otak aku buat ayat yang korang mahu tiru. Ayat aku buat mahu korang semua menjadi satu. Supaya kita semua boleh kalahkan kafir satu persatu. Biar mereka semua menjadi haru biru.



Aku bukan hidung panjang yang suka mereka-reka. Apa yang ku kata benar belaka. Ayat teka-teki ku jadi peribahasa. Hasil daripada akal ku yang sempurna. Tabik pada adik ku Akim Ahmad yang berjuang bersama. Kombinasi kami buat manusia hilang dari samar.

Ramai yang sakit telinga bila aku bermula. Semuanya mahu di kutuk dan di cela. Itu lumrah hidup manusia yang tak akan sempurna. Susah untuk dipakai dan diguna terima. Kerana ini dianggap karut belaka. Inilah perangai anak muda yang suka berbangga.

Aku tutup mulut duduk diam dan dengar. Lebih baik begini dari dipangkah terus tercemar. Cara ku merendah diri sudah biasa. Kerana bercakap besar aku tak suka. K-Rodz kawan ku yang nampak biasa. Tetapi bakal pemimpin syarikat penerbangan Malaysia.

Bila semua dibuai mimpi aku masih segar dan bugar. Gerakan ku laju supaya si temberang tak boleh kejar. Simbah ku petrol takkan terbakar. Kerana ku kebal dan kental. Menjadi lawan kepada si buntal. Ini lah aku yang gunakan akal untuk berbual.


No comments:

Post a Comment