Saturday, 28 January 2012

Bangkit - Aliff

Kadangkala kehidupan memberi kita kesenangan. Malangnya kesenangan itu tidak kekal selalu bersama kita. Kesenangan dan kesusahan adalah lumrah kehidupan. Tanpa mereka, kehidupan ini ibarat pena tidak berdakwat.

Kau akan berada di bawah jika masih mahu rehat seperti orang yang sakit. Kau lepak setempat kerana dah rosak. Aku guna otak aku berfikir di luar kotak. Demi mempersedarkan anak-anak muda yang telah hanyut dibawa arus kemodenan

Tidakkah kau berfikir tentang bangsa mu? Dahulunya dijulang dan disanjung. Dahulunya dihormati dan disegani. Penuh adat istiadat. Kaya dengan budi bahasa. Tetapi kini semua telah hilang. Ditutup oleh kemodenan yang telah membuat mata anak muda buta.

Bangkitlah wahai pemuda-pemudi yang menjadi tunjang kepimpinan negara ! Bangunlah dari lena mu !Jangan asyik dibuai mimpi. Bangkitkan lah bangsa mu ini yang telah sekian lama kehausan kejayaan dan kemenangan ! Gunakan kepintaran yang dikurniakan oleh-Nya untuk melangkah dengan lebih besar. Jangan gentar untuk melakukannya. Jangan mudah berputus asa. Persetankan apa yang dicemuh, dikeji dan difitnah. Kerana mereka berfikir menggunakan otak. Kita berfikir menggunakan akal.

No comments:

Post a Comment